Pinata dan Giant Surprise Egg di Malaysia – Apa yang anda perlu tahu
Pinata Party KL adalah merupakan piñata designer yang dipercayai di Malaysia dan kemampuan kami untuk menghasilkan pelbagai bentuk piñata samada 2D atau 3D dengan saiz piñata sehingga setinggi 5 kaki dengan menggunakan 100% teknik paper mache tanpa kotak corrugated pada jangkamasa yang pendek menjadikan kami pembuat Piñata Malaysia No-1 dan dipercayai oleh individu dan kompeni antarabangsa seperti pelancaran IKEA Cheras baru-baru ini.
Selain itu kami juga merupakan pembuat pinata untuk pelancaran KFC Ole Ole Hour.
Sebelum tahu, tahukah anda apa itu piñata?
Piñata adalah bekas yang secara tradisinya diperbuat daripada papier-mache, tembikar, atau kain; ia dihiasi, dan penuh dengan mainan kecil atau gula-gula, atau kedua-duanya, dan kemudian ini dipecahkan sebagai sebahagian daripada majlis atau perayaan. piñata selalunya dikaitkan dengan Mexico.
Idea memecahkan bekas yang dipenuhi dengan gula-gula ini dikatakan datang dari Eropah pada abad ke-14, di mana namanya diambil iaitu Pignatta Itali. Walaupun sebenarnya sudah ada bukti tradisi yang sama sudah dipraktik di MesoAmerika sejak zaman Aztec lagi.
Sungguhpun begitu, hari ini, piñata adalah sebahagian daripada budaya Mexico
Didalam mana-mana parti dan perayaan, mengetuk piñata sentiasa menjadi tarikan utama dan populariti piñata ini menyebabkan munculnya produk piñata dari China yang mengabaikan teknik penghasilan piñata secara tradisi iaitu menggunakan papier mache. Pinata dari China ini biasanya dibuat dari kotak corrugated yang dibalut kertas warna saja dan kadang-kala terdapat banyak stapler yang berbahaya ketika diketuk.
Kami di Pinata Party KL cuba mengekalkan penggunaan teknik paper mache sepenuhnya kecuali untuk saiz yang terlalu besar atau jika dia bertujuan untuk hiasan sahaja yang memerlukan dinding piñata yang sangat kukuh seperti giant piñata yang kami cipta untuk kedai makanan Mexico di MidValley (Panchos MidValley Megamall).
Terdapat 3 jenis piñata yang kami rekacipta di Pinata Party KL iaitu piñata untuk diketuk, piñata pull strings dan piñata hiasan.
Pinata pull strings biasanya untuk kanak-kanak kecil yang tidak cukup kuat untuk mengetuk piñata. Terdapat tali /ribbon dibahagian bawah piñata pull strings ini yang bila ditarik, akan jatuh gula-gula atau mainan yang diisi didalamnya.
Ataupun untuk pelanggan kami yang merasakan piñata kami terlalu cantik untuk diketuk dan dipecahkan, piñata pull strings adalah pilihan terbaik kerana ia boleh dijadikan sebagai hiasan selepas digunakan.
Diantara custom piñata 2D dan 3D yang telah kami rekabentuk dan cipta adalah seperti;
Pinata Minion
Pinata Spongebob Squarepants
Pinata Monster yang pelbagai bentuk
Pinata Treasure Chest untuk parti bertema pirate /lanun.
Pinata Angry Bird Stella
Pinata watak-watak Frozen seperti Olaf dan Princess Elsa.
Pinata Teddy Bear
Pinata Big Hero Five / Baymax
Pinata Slugterra
Pinata Star Wars / Darth Vader untuk parti bertema Star Wars
Pinata Shopkins
Pinata Rainbow Dash , Twilight Sparkle, Pinkie Pie untuk parti bertema My Little Pony
Pinata Lego Ninjago Spinjitzu
Pinata Instagram
Pinata Facebook
Pinata Spiderman untuk parti bertema Superhero
Pinata Captain America untuk parti bertema Superhero
Pinata Kapow untuk parti bertema Superhero
Pinata The Avengers untuk parti bertema Superhero
Pinata Heart (Love)
Pinata Diamond
Pinata berbentuk nombor seperti No.1 untuk 1st birthday.
Pinata Transformer Bumble Bee
Pinata Klasik / Donkey /Llama
Pinata Hello Kitty
Pinata Castle Sofia The First
Pinata Minecraft untuk watak seperti Cripper, TnT dll
Pinata Cigar Box untuk parti orang dewasa
Pinata berbentuk buah-buahan seperti strawberry
Pinata Clash of Clans
Pinata Firetruck / Kereta Bomba
Pinata Gitar
Pinata Robot
Disamping untuk terdapat juga produk istimewa kami iaitu Giant Surprise Egg !!
Giant Surprise Egg ini merupakan kegilaan kanak-kanak zaman ini.
Giant Surprise Egg dari Piñata Party KL adalah bermula dari setinggi kira-kira 2.5kaki. (~76cm)
Untuk gambar piñata yang telah kami hasilkan, sila lawat page Instagram kami di;
@pinatapartykl
Lepas ni, mana nak cari custom piñata dan giant surprise egg? Cari saja di Pinata Party KL